Showing posts with label Ceritera. Show all posts
Showing posts with label Ceritera. Show all posts

Friday, 14 October 2011

Apabila Status Kita di LIKE...






Apabila status kita di LIKE...
itu bermakna status kita mendapat perhatian...
 
Dengan sekali klik pada "button like"
Ia bermakna kita suka dengannya...

Kalau LIKE....itu tandanya kita sokong, 
siapa sokong kebajikan dapat Pahala dan siapa sokong kejahatan dapat Dosa...

Maka fikir-fikirkanlah..
Anda mahu saham yang bagai mana??
Saham ke syurga, atau saham ke neraka..

Tapi yang menjadi bahaya, semakin ramai yang LIKE semakin terasa megah kerana postnya paling mendapat sambutan. Jadi, betulkan niat anda kerana niat itu yang penting.. 
Niat untuk sebar ilmu/kebaikan kerana Allah, bukan untuk bermegah-megah/riya'..

Mudah-mudahan dijauhkan dari sifat itu...insya ALLAH


~~untuk peringatan diri sendiri dan semua~~(^_^)
Read more »

Thursday, 13 October 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah

Adakah Kita Memenuhi Semua Ciri-Ciri Ini ? Tepuk Dada Tanya Iman..

10 Muwasafat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat dipisahkan dengan pembinaan muwasafat-muwasafat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasafat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


1) Aqidah Yang Sejahtera

    * Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
    * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
    * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubha

Pemerincian ciri :
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt



2)Ibadah Yang Sahih

    * Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
    * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
    * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pemerincian ciri :
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin



3) Akhlak Yang Mantap

    * Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pemerincian ciri :
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4)Mampu Berdikari

    * Walaupun kaya, perlu bekerja.
    * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
    * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
    * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
    * Menjauhi riba dalam semua lapangan.
    * Menyimpan untuk waktu kesempitan.
    * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
    * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam

Pemerincian ciri :
Menjauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi


5) Berpengetahuan luas

    * Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
    * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
    * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
    * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pemerincian ciri :
Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita


6) Sihat Tubuh Badan

    * Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
    * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"
   
* Pesanan al-Banna:
"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan"

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Pemerincian ciri :
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat


7) Mampu melawan nafsu 
    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.



8)Tersusun Urusannya

    * Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
    * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka "..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia."

Pemerincian ciri :
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


9)Sangat Menjaga Masa

    * Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
    * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakw

Pemerincian ciri :
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar
Menggunakan waktu untuk beribadah
Tidak mensia-siakan masa yang ada untuk melepak


10)Bermanfaat Kepada Orang Lain

    * Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
    * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
    * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
    * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pemerincian ciri :
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Read more »

Kitaran hidup mahasiswa yang sama sahaja..???

 RENUNG-RENUNGKANLAH..
Read more »

YA ALLAH, BUKALAH JIWAKU INI KEPADA PERKARA-PERKARA YANG BAIK-BAIK SAHAJA


Kata-kata mutiara IMAM SYAFII tentang kehidupan:



1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya
2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat
3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang berkehendakan kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu
5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan
6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang
7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil adalah kemiskinan kesusahan
8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya
9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat
10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuanagan
Read more »

YA ALLAH, MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK




Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan:

1. Jangan bakhil atau kedekut kerana peranagai itu memalukan
2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah menjaga maruah
3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat
5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam
6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu
10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan
Read more »

Tuesday, 28 June 2011

Selamat Menyambut ISRA' MIKRAJ kepada semua muslimin dan muslimat..



"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)
Read more »

Sunday, 24 April 2011

4 Latihan Rohani Buat Anda

Read more »

Saturday, 23 April 2011

Manusia Talam Dua Muka

   Ini talam bukan sebarang talam..Ini talam diimport dari Bangladesh lagi..haha..Ini talam bukan boleh makan,ini talam lebih bahaya dari racun ular..Ini talam manyak hipokrit...Depan orang baik sangat,belakang orang jahat sangat...

     Ramai manusia banyaklah ragamnye..Ragam manusia ne bermacam-macam jenis..ada yang baik,ada yang okey.ada jahat..ada yang lebih jahat tersangat-sangat...Ini macam kena berhati-hati..Nanti kite jadi mangsa orang yang talam dua muka ne..Manusia ne kan kadang-kadang ada boleh yang diharap..kadang-kadang x boleh nak harap pon ada gak..Manusia ne depan kite baik sangat..ayatnye lebih manis dari madu lebah..Bayangkan lah,tapi belakang kita mengumpat dan mengata kita habis habisan..dah x nampak orang yang mcm kite kenal sebelum ne..huh dasyatnye seorang insan yang bernama manusia ne bila muka dia dah bertalam dua ne...


      Ha..tu baru jenis yang talam dua muka... macam mane pulak dengan orang yang selalu bermuke-muke. hari ini lain. Esok lain..Lusa lain..Tulat lain....Ape kaitan dengan orang talam dua muka dengan orang yang suka bermuka-muka??? Confius ni.. hehe.. 




      Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Jenaih yang begini memang banyak dalam dunia sekarang ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini? Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. ..

      Oleh itu,kite kena berwaspada lah dengan orang yang mcm ne k..Jangan kite jadi macam orang yang bertalam dua muka ne...:)

Read more »

Kisah Nenek yang Ikhlas

        
Seorang nenek harus berjalan jauh ke pasar di kota untuk menjual bunga cempaka. Itulah kerja hariannya.

       Selepas berjualan, beliau singgah dahulu ke masjid di kota untuk bersolat zuhur.
Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, nenek itu akan terlebih dahulu membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid. Ini dilakukannya setiap hari di bawah terik matahari. Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang ke desanya.Jemaah dan pengelola masjid kasihan melihat rutin nenek yang demikian.

        Suatu hari, pengurus masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid sebelum nenek itu datang. Fikirnya, usaha itu akan membantu nenek tadi agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu.

       Rupanya, niat baik itu telah membuat nenek tersebut menangis sedih.

        Dia memohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa.

        Akhirnya, pihak masjid terpaksa membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya nenek itu tidak lagi hiba.

        Satu ketika apabila ditanyakan seorang kiai mengapa nenek tersebut perlu melakukan hal itu, nenek tersebut menjawab:
“Saya ini perempuan bodoh, kiai. Saya tahu amal-amal saya yang kecil ini mungkin juga tidak benar dijalankan. Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat tanpa syafaat Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam.
“Setiap kali saya mengambil selembar daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, saya ingin Rasulullah menjemput saya.
“Biarlah semua dedaun ini bersaksi bahwa saya telah membacakan selawat kepadanya.”
Allah SWT berfirman :
                          Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ ÙˆَÙ…َÙ„َائِÙƒَتَÙ‡ُ ÙŠُصَÙ„ُّونَ عَÙ„َÙ‰ النَّبِÙŠِّ ÙŠَا Ø£َÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ آمَÙ†ُوا صَÙ„ُّوا عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ِّÙ…ُوا تَسْÙ„ِيما
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya bersalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman bershalawat salamlah kepadanya. (QS Al-Ahzab 33: 56)

Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku sehingga aku bisa menjawab salam itu(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah. Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih).
Mudah-mudahan kita dapat sama-sama menghayati keikhlasan sifat nenek yang mulia itu.
Amin!
Read more »

Friday, 22 April 2011

Dugaan..Sabo Je La..


Sesungguhnya Allah Bersama Dengan Orang Yang Sabar..



Read more »

Couple..ehhemm


Cerita Pendek Penuh Pengertian dan Pengajaran..Sekadar Merehatkan Minda

Read more »

Orang Bertaqwa Perikemanusiaannya Amat Tinggi




Orang bertaqwa itu peri kemanusiaannya amat tinggi sekali
Timbang rasa amat menonjol di dalam kehidupannya setiap hari
Dia tidak boleh melihat orang lain susah, dia susah hati
Dia pun simpati dan kasihani, menolong dan memberi
Orang susah dia bantu, orang sakit dia ziarahi
Orang mendapat kemalangan dia ziarah dan mendoakannya
Anak-anak yatim, janda-janda dia sentiasa membantu dan tunjuk kasih sayangnya
Kesenangan orang lain pula, dia pula yang rasa senang dan gembira
Di dalam pergaulan boleh bertolak ansur dan berlebih kurang
Mengutamakan orang lain jadi budaya hidupnya
Maaf-bermaafan, berkasih sayang, bertolong bantu mudah sekali
Bertegur sapa, beramah mesra kepada sesiapa sahaja
Orang bertaqwa peri kemanusiaannya tinggi sekali
Tidak mengata, tidak mencerca tidak menipu daya
Boleh membuat baik kepada orang yang jahat kepadanya
Apatah lagi orang yang membuat baik kepadanya
Dengan kawan taat setia, dengan guru, ibu bapa, pemimpin mereka hormati
Orang yang jahat dia tidak membalas kejahatan kepadanya
Bahkan didoakannya orang itu mendapat hidayah daripada Tuhan
Begitulah sifat orang bertaqwa sungguh tinggi peri kemanusiaannya
Kalau ramailah orang yang bertaqwa, amanlah masyarakat
Hidup berkasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama dan harmoni
Read more »

Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook





Menurut sumber, ramai diantara kita yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status di Facebook tetapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia:
An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

Yang bermaksud:
Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Dalam erti kata lain, orang yang meletakkan I’m An Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun. Maka adalah amat menyedihkan apabila kita sebagai umat Islam sendiri menggunakan status ini.

Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.
dipetik dari : Carigold Forum
Read more »

Thursday, 21 April 2011

Ubat Untuk Segala Penyakit





Daripada Ibnu Umar r.a, dia berkata bahawa Rasulullah SAW menghadap kepadanya dan para sahabat, kemudian beliau bersabda: "Wahai kaum Muhajirin, lima perkara andainya kamu ketepikan maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah SWT semoga kamu tidak menemui saat itu. Tidak terserlah zina pada suatu kaum sehingga mereka melakukan terang-terangan kecuali mereka akan ditimpa taun yang cepat merebak di kalangan mereka dan mereka dimusnahkan oleh penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat terdahulu. Dan tiada mereka mengurangi sukatan dari timbangan kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan berlaku zalim daripada kalangan pemimpin mereka. Dan tiada mengeluarkan akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka hujan dari langit. Jika tiada binatang, tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah SWT. Dan tiada mereka mungkir janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka. Dan apabila pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam Al Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan di saat itu Allah jadikan peperangan sesama mereka."


Penyakit-penyakit merebak khususnya taun berpunca kerana perzinaan sangat berleluasa dan terang-terangan. Terang-terangan berlakunya ini bukan bermaksud boleh dilihat dengan mata kepala. Tetapi banyaknya rumah pelacuran, sarang maksiat serta meningkatnya kes buang bayi, itulah tandanya manusia sudah berani mendedahkan pelakuan zina.



Banyak pula kedapatan penyakit yang tidak ada sebelumnya terutamanya Aids. Penyakit ini juga merebak dengan cepat melalui berbagai-bagai cara yang semuanya hasil perbuatan tangan manusia. Umpamanya, Aids hinggap kepada orang lain melalui perkongsian jarum suntikan. Ada juga melalui cara semulajadi seperti penyusuan bayi.



Semua penyakit ini menyusahkan kehidupan manusia. Jiwa turut tidak tenteram dan sentiasa tertekan kerana bimbang akan jangkitannya. Pihak yang mengalaminya sudah pasti menanggung derita yang berpanjangan. Manakala pihak lain turut terbeban dari aspek berbeza. Umpamanya sebuah keluarga kehilangan ahli keluarganya. Kadang-kadang terpaksa menanggung kos rawatan seumur hidup. Pihak kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan kewangan yang tinggi untuk rawatan, perubatan, kajian dan pencegahan.



Dari tahun ke tahun kosnya bukan semakin susut malah semakin meningkat berikutan pertambahan mereka yang terlibat. Kerajaan turut mengalami kerugian dari sudut kehilangan tenaga manusia.



Perniagaan sering dikaitkan dengan keuntungan. Selain dari itu, perniagaan sebenarnya merupakan tanggungjawab sosial yang sangat penting. Berlaku hubungan timbal balik yang akrab antara peniaga dan pengguna. Dan juga merupakan medan pertemuan tidak rasmi antara sesama pengguna. Di sini juga berlangsungnya pertukaran maklumat dan khabar berita bagi masyarakat setempat. Contoh paling mudah, cuba bayangkan di sebuah kampung yang ketiadaan kedai runcit. Tentulah banyak kesulitan bagi penduduk kampung tersebut untuk berulang alik ke pekan dan bandar bagi mendapatkan keperluan harian.



Namun itu bukan bererti peniaga di kampung tersebut boleh menangguk di air keruh. Tidak wajar mengambil keuntungan berlebihan. Dan tidak wajar menipu dalam timbangan dan sukatan. Apabila penipuan dalam timbangan dan sukatan (penipuan dalam perniagaan) berlaku berleluasa maka Allah SWT timpakan bala atau kesusahan dalam bentuk kemarau.



Kemarau pula selalunya dikaitkan dengan kesusahan memperolehi rezeki. Lihat saja negara yang sering kemarau, bumi yang subur menjadi merekah dan gersang. Tanaman tidak hidup subur atau buahnya tidak menjadi. Ramai rakyat yang kebuluran. Apabila sumber makanan terlalu sedikit, harga akan menjadi mahal berikutan permintaan yang tinggi. Diikuti pula dengan inflasi.



Satu lagi bala ialah meningkatnya kezaliman dan penindasan dari kalangan pemimpin. Lantaran masing-masing inginkan kemewahan, maka mereka yang berkuasa menyalahgunakan kekuasaan yang ada untuk mencapai kepentingan masing-masing menurut tingkat kedudukan mereka. Pada keadaan demikian sangat kurang para pemimpin memikirkan nasib rakyat terbanyak yang memang telah ,sedia susah.



Allah SWT wajibkan berzakat bagi umatnya yang dikurniakan kelebihan rezeki berupa harta benda. Ini juga memperlihatkan betapa Allah SWT mahu umat memandang berat mengenai hubungan sesama manusia. Bagi mereka yang memiliki kekayaan perlu ingat bahawa seluruh alam semesta ini adalah milik Allah SWT. Bukan saja harta benda atau wang ringgit malah diri kita ini pun milik Allah SWT.



Tidak wajar atau tidak timbul sama sekali hujah mengatakan harta itu milik mutlak, yang mana orang lain tidak berhak ke atasnya. Peratus tertentu dalam ketetapan zakat itulah sebenarnya hak orang lain yang ditentukan oleh Allah SWT.



Bagaimana seseorang itu memperolehi kekayaan? Sama ada secara langsung atau tidak, sama ada disedari atau tidak, seluruh manusia ini hidup saling sandar menyandar dan saling perlu memerlukan. Seorang ahli perniagaan yang berjaya tidak terkecuali dari sumbangan serta peranan buruh, kuli, pekerja bawahan yang memperolehi gaji kecil. Makan minum yang lazat dan mewah golongan berada merupakan tumpahan keringat petani dan nelayan. Andainya orang kaya berhujah dengan mengatakan segala itu telah dibayar dengan duit, katakan kita banyak duit dan bersedia untuk membeli, bagaimana andainya nelayan tidak turun ke laut?



Berpegang kepada konsep bahawa hidup ini merupakan ujian dari Allah SWT, maka harta yang diamanahkan itu Allah SWT mahu melihat bagaimana cara memperolehinya dan bagaimana pula cara penggunaannya. Allah SWT beri kelebihan kepada orang tertentu dengan kepandaian, kepintaran dan berilmu pengetahuan. Dengan itu pula Allah SWT salurkan kelebihan rezeki, yang mana sebahagian dari rezeki itu sebenarnya ada hak orang lain yang Allah SWT salurkan melalui orang tertentu. Apabila hujan tidak turun, itu tandanya rezeki berkurangan dan puncanya kerana zakat diabaikan oleh mereka yang sepatutnya berzakat.



Allah SWT yang bersifat pemurah, diturunkan juga hujan kerana untuk memberi kelangsungan hidup kepada haiwan.



Sabda Nabi SAW: Maksudnya: "...kalaulah bukan kerana bayi-bayi yang menyusu, orang-orang tua yang membungkuk dan haiwan ternak yang merumput, mungkin azab Tuhan akan melimpah ruah kepada kamu! "



Musuh-musuh berkuasa ke atas umat Islam dan merampas sebahagian apa yang ada ditangan umat Islam, bukanlah semata-mata dirujuk kepada kes penguasaan Yahudi (Israel) ke atas Palestin.



Penguasaan musuh-musuh ini telah berlaku lebih awal lagi semenjak bermulanya zaman penjajahan. Banyak negara Islam telah dijajah. Bukan saja harta benda dan kekayaan hasil bumi yang mereka kuasai, malah yang lebih penting iman, taqwa dan kehidupan beragama turut terhakis. Keadaan tersebut itu berlaku apabila umat Islam sudah mengabaikan janji terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW.



Apabila umat ini lupa kepada Allah SWT maka Allah SWT melupai mereka. Apabila umat ini tidak bertaqwa kepada Allah SWT, maka Allah SWT tidak lagi membela mereka. Apabila umat Islam lalai, leka, derhaka dan banyak berbuat mungkar maka Allah SWT turunkan berbagai bala dan musibah. Termasuk hilangnya kekuatan untuk melawan musuh-musuh. Sementara itu azab neraka pula sedang rnenunggu mereka yang ingkar ini.



Pertumpahan darah di kalangan sesama Islam adalah kemuncak kepada sifat rakus dan cinta dunia. Juga kerana kebencian dan dendam yang meluap sesama sendiri. Telah berlaku banyak peristiwa seumpama itu. Ramai pemimpin Islam sendiri terkorban angkara perbuatan tangan saudara sesama Islam. Ini semua merupakan bala dari Allah SWT kerana membelakangkan Al Quran. Kalaupun tidak berlaku perang saudara seagama, namun perpecahan, perbalahan, pertelingkahan, kebencian, hilang kasih sayang dan permusuhan sesama sendiri tetap berlaku. Malah ada kalanya sama-sama satu kelompok dalam satu parti atau pertubuhan atau dalam satu kelabpun berlaku yang demikian itu.



Berpegang kepada ajaran Al Quran erti seolah-olah berpegang kepada satu tali yang sama-sama mengikat diri dengan tali tersebut. Itulah tali Allah SWT yang menjamin keutuhan kesatuan ummah. Masing-masing akan terikat hatinya kepada iman yang satu dan syariat yang satu. Kuat dan mendalam kasih sayang serta perpaduan. Perselisihan yang kecil tidak diperbesarkan. Perbezaan pendapat dalam hal yang dibolehkan sangat dihormati. Pengkritik tidak dianggap penentang. Penyokong tidak semuanya atau tidak selalu betul. Prinsip-prinsip ini boleh menghindari perpecahan ummah, jauh sekali dari pertumpahan darah dan peperangan.



Tidak salah kita berusaha untuk membebaskan diri dari bala sama ada penyakit berjangkit, kemarau, kesempitan rezeki, penguasaan musuh dan perang saudara. Malah syariat memang menyuruh kita berbuat demikian. Ertinya tidak boleh berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa. Namun adalah lebih berkesan sekiranya usaha kita itu benar-benar tepat kepada sasarannya. Iaitu kembali kepada Allah SWT. Yakni usaha lahiriah itu hendaklah disertakan dengan sandaran kepada Allah SWT. Kerana hadis Rasulullah SAW itu menyebut dengan jelas punca segala angkara yang berlaku .



Ambil AIDS sebagai contoh. Secara lahiriahnya is berpunca dari virus HIV. Andainya kita lihat selapis lagi mari kita bertanya dari mana datangnya HIV itu? Dan mengapa HIV itu hanya ditemui akhir-akhir ini apabila seks rambang berlaku di mana-mana? Di situ baru kita dapat lihat betapa di atas kesalahan manusia itu maka Allah SWT datangkan bala tersebut.



Usaha penyelesaian mestilah berlaku serentak iaitu melalui kaedah lahiriah yang saintifik serta kembali kepada mentaati Allah SWT dan menjauhi larangannya. Di sinilah pentingnya para pemikir dan pencinta masyarakat bertindak menjurus ke arah tersebut.



Supaya seribu penyakit boleh disembuhkan oleh satu ubat dan bukan sebaliknya satu penyakit dirawat dengan seribu ubat yang belum tentu kesembuhannya.


Read more »

Tuesday, 1 March 2011

Salam Pengenalan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melawati blog kami ini. Selamat Datang diucapkan kepada anda yang sudi melawat blog Mahasiswa Syariah UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia). Tujuan blog ini diadakan atau diwujudkan adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu-ilmu yang kami pelajari kepada masyarakat awam yang ingin menuntut ilmu. Mudah-mudahan ilmu itu dapat disebarkan. Insya-Allah anda boleh mendapatkan semua info mengenai ilmu Syariah serba sedikit. Blog ini dibahagikan mengikut modul yang telah ditetapkan kepada para pelajar iaitu Perundangan Islam, Undang-undang Perbandingan serta Muamalat dan Kewangan Islam. Mudah-mudahan kita mendapat manfaat darinya.. 



Read more »