Saturday 30 March 2013

OPKIM Jalinan Mahabah


Alhamdulillah. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Anjuran Kelab Syariah (Al-Hujjah) UKM akan diadakan pada 3-6 April 2013.

Menariknya OPKIM pada kali ini akan diadakan di Kemaman Terengganu. Banyak aktiviti menarik akan diadakan pada OPKIM kali ini. Program Motivasi Jejak Gemilang juga  bakal diadakan di dua buah sekolah rendah di daerah Kemaman beserta smart solat juga. Nantikan!! ;)
Read more »

Annual Grand Meeting


Annual Grand Meeting Kelab Syariah (Al-Hujjah) akan diadakan tidak lama lagi pada 1 April 2013 (Hari Isnin) pada jam 8 malam di Bilik Seminar Siswazah 1.

Dijemput hadir ke Annual Grand Meeting Kelab Syariah (Al-Hujjah) sesi 2012/2013

Read more »

Saturday 23 March 2013

Santai Siswi Kembali.!!

Pada 24 Mac 2013 akan diadakan Program Santai Siswi anjuran Kelab Syariah (Al-Hujjah)

Kita santai-santai saja. Khas untuk para siswi sahaja..

Program Santai Siswi ini akan diadakan di Taman Botani, Putrajaya  dari jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang.

Antara pengisian yang menarik dalam santai siswi ini ialah :


  • Ice Breaking
  • Bersantai dengan Nature
  • Games
  • Tazkirah Ringkas
  • Pelbagai lagi yang menarikkkk!!

Read more »

Program Qiamulalil Perdana

Alhamdulillah.. Kelab Syariah ) Al-Hujjah telah selesai melaksanakan Program Qiamulalil Perdana pada 22 Mac 2013 bersamaan Hari Jumaat yang bertempat di Masjid UKM.

Kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli Hujjah bagi menjayakan program ini.



Qiamulail sekitar jam 4 pagi. 

Ketenangan lebih dirasai ketika dihening pagi. Memohon keredhaan, keampunan  hanya pada-Mu Ya Rabb.


Sesi Tazkirah selepas solat Subuh bersama dengan Ustaz Muhammad Adib Samsudin.



Antara input yang didapati semasa sesi Tazkirah bersama Ustaz Muhammad Adib Samsudin ialah :

Setiap tindakan yakni perbuatan ataupun percakapan yang keluar daripada orang mukmin adalah yang membawa kepada kebaikan.

Sifat orang yang beriman adalah dengan melahirkan rasa kegembiraan melalui bersyukur kepada Allah.

Betapa hebatnya orang yang sabar kerana apabila ditimpa musibah/ kemudharatan maka dia akan sabar kerana dia meyakini bahawa Allah akan menjaga dan melindunginya.

Air mata..menahan kesabaran itu dengan menangis kerana itu merupakan satu rahmat daripada Allah.

Tips untuk bersabar --> Jangan Marah sebab marah itu adalah tanda tidak sabar :)

Read more »