Saturday 23 March 2013

Program Qiamulalil Perdana

Alhamdulillah.. Kelab Syariah ) Al-Hujjah telah selesai melaksanakan Program Qiamulalil Perdana pada 22 Mac 2013 bersamaan Hari Jumaat yang bertempat di Masjid UKM.

Kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli Hujjah bagi menjayakan program ini.



Qiamulail sekitar jam 4 pagi. 

Ketenangan lebih dirasai ketika dihening pagi. Memohon keredhaan, keampunan  hanya pada-Mu Ya Rabb.


Sesi Tazkirah selepas solat Subuh bersama dengan Ustaz Muhammad Adib Samsudin.



Antara input yang didapati semasa sesi Tazkirah bersama Ustaz Muhammad Adib Samsudin ialah :

Setiap tindakan yakni perbuatan ataupun percakapan yang keluar daripada orang mukmin adalah yang membawa kepada kebaikan.

Sifat orang yang beriman adalah dengan melahirkan rasa kegembiraan melalui bersyukur kepada Allah.

Betapa hebatnya orang yang sabar kerana apabila ditimpa musibah/ kemudharatan maka dia akan sabar kerana dia meyakini bahawa Allah akan menjaga dan melindunginya.

Air mata..menahan kesabaran itu dengan menangis kerana itu merupakan satu rahmat daripada Allah.

Tips untuk bersabar --> Jangan Marah sebab marah itu adalah tanda tidak sabar :)

No comments:

Post a Comment