Sunday 20 May 2012

Tahniah Kepada Yang di-Pertua Baru.


Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada beberapa exco al-Hujjah sesi 2011/2012 dan ahli-ahli kelab yang telah di lantik menjadi Yang di-Pertua persatuan atau kelab masing-masing untuk sesi 2012/2013.

Mereka ialah:

1) Saudara Muhammad Rasyid b. Ismail (Exco Kerohanian & Tarbiah al-Hujjah 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.

2) Saudara Wawan Setiawan b. Abd Gafar (Setiausaha al-Hujjah 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah.

3) Saudara Muhammad Adib b. Aziz (Exco Akademik & Kebajikan al-Hujjah 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Melaka.

4) Saudara Muhammad Zakwan b Halim telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah.

5) Saudara Amirul Akram b. Mohd Hajazi telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiwa Negeri Terengganu.

6) Saudara Farhan b. Mamat ( Exco Penerbitan & Publisiti PMFPI 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga anda semua dapat menjadi pemimpin yang terbaik sekaligus memartabatkan nama Jabatan Syariah di seluruh UKM.

Read more »

AGM al-Hujjah 2012


Pada 9 Mei 2012, telah diadakan Annual Grand Meeting atau Mesyuarat Tahunan Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Seminar Siswazah 1 Fakulti Pengajian Islam.

Ketua Jabatan iaitu Dr. Shofian Ahmad telah merasmikan mesyuarat itu. Turut menghadirkan diri ialah Penasihat Kelab al-Hujjah iaitu Dr. Adib Samsuddin.

Dalam mesyuarat tersebut, banyak isu dan perkara berbangkit telah dibincangkan. Pelbagai saranan untuk penambahbaikan kelab telah disuarakan. 

Pada majlis tersebut juga, secara rasminya Exco-Exco Pimpinan al-Hujjah sesi 2011/2012 meletakkan jawatan yang diketua oleh Saudara Mohd Lutfi selaku YDP Kelab Syariah (al-Hujjah) sesi 2011/2012. Selepas itu, Exco-exco baru untuk tahun 2012/2013 secara rasminya telah dilantik untuk mengorganisasikan kelab pada sei akan datang.

Akhir kata, Tahniah kepada mantan-mantan exco yang selama ini telah bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menaikkan nama Kelab Syariah (al-Hujjah). Jasa anda tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang. Kepada exco-exco baru, tahniah kerana dilantik menjadi jawatankuasa baru dalam organisasi al-Hujjah.
Read more »

Makan Malam Tahun 3 ( Colouful Arabian Corporate)


 Pada 8 Mei 2012 yang lepas, Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah UKM telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahun 3 Jabatan Syariah bagi meraikan mahasiswa dan mahasiswi tahun 3 yang merupakan pelajar tahun akhir bagi sesi 2012/2013. 

Dengan tema Colourful Arabian Corporate, majlis ini telah diadakan di Bangi Golf Resort, Bangi. Majlis yang diketuai oleh Saudara Helmi, alhamdulillah berjalan dengan lancarnya.

Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam ini. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa/i tahun 3. Semoga dapat menempah kejayaan yang akan mendatang. 

-wallauhua'lam-






Read more »

Fiesta Syariah Intelek.


Alhamdulillah, Fiesta Syariah Intelek 2012 telah pun dijayakan oleh para ajk dan urusetia.
Walaupun agak lewat untuk meng"update" blog ini, tetapi admin tetap ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan progeam serta menghadiri program ini.

Pelbagai program telah dijalankan antaranya seperti, seminar Human Rights in Islam yang mendatangkan pembentang-pembentang dari United Kingdom, Washington, International Citizen Malaysia, dan Peguam Group ABIM. Selain itu, ada Forum Ekonomi Konvensional vs Ekonomi Islam, Sehari Bersama Astrofiqh dan CosmoFiqh, Forum Siswi , pertandingan deklamasi sajak serta menulis Khat.

InsyaAllah, jika diberi kesempatan, Fiesta Syariah Intelek akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.

Read more »