Saturday 17 November 2012

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 13. Hari pertama Allah menciptakan alam. 14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 16. Allah menjadikan 'Arasy. 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 18. Allah menjadikan alam. 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Read more »

Friday 9 November 2012

Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga UKM. Ikhlas daripada Jabatan Syariah (al-Hujjah), Fakulti Pengajian Islam.
Read more »

Friday 19 October 2012

SEMINAR TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DALAM MENANGANI JENAYAH SYARIAH


Pada 16 Oktober 2012 yang lalu, pelajar tahun 3 Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam telah mengikuti seminar yang bertajuk : Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani  Jenayah Syariah yang di adakan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.

Seminar ini membangkit isu-isu permasalahan semasa yang berkaitan dengan prosedur tangkapan terhadap pelaku jenayah syariah. Ia membincangkan dari sudut amalan dan prosedur untuk menangkap pelaku jenayah syariah.

Seminar ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Tuan Abdul Shukor Bin Abd Hamid. Slot seminar kemudiannya dibahagikan kepada tiga, di mana dimulakan dengan pembentangan kertas kerja 1 yang bertajuk : Aduan Dan Maklumat Kes Jenayah Syariah : Tanggungjawab Masyarakat Awam yang dibentangkan oleh Tuan Rahimin Bin Bani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka.

Seterusnya adalah pembentangan kertas kerja 2 yang bertajuk : Tangkapan Oleh Orang Awam/Ahli Kariah Di Dalam Kes Jenayah Syariah Yang  Dibentangkan Oleh  Tuan Zulfikri Bin Yasoa, Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan, JKSM.

Slot terakhir dalam seminar ini adalah diskusi ilmiah yang bertajuk : Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah yang dipengerusikan oleh Puan Fadhlina Bt Dato’ Sidek. Ahli panel pula terdiri daripada YA Tuan Mohamed Fouzi Bin Hj Mokhtar (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor), Tuan Mohd Shahzihan Bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS), Tuan Musa Awang (Peguam Syarie) dan Tuan Amidi bin Dato’ Abdul Manan (Presiden ABIM). Diskusi ini turut memberikan peluang kepada para peserta untuk mengutarakan pendapat dan bertanya kepada ahli panel.
Sesungguhnya, seminar ini banyak memberikan input baru kepada para peserta.






Read more »

Monday 8 October 2012

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR (M3P)



Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)
Tarikh : 8-12 Oktober 2012
Tempat : Singgahan Ilmu Fakulti Pengajian Islam, UKM
Read more »

Sunday 30 September 2012

KURSUS PRA-PERKAHWINAN




Dimaklumkan bahawa Kursus Pra-Perkahwinan anjuran Pusat Islam UKM dengan Kelab Jabatan Syariah (FPI) UKM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3-4 November 2012 (Sabtu & Ahad)

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : DK43.101 (Komples Tun Abdullah Mohamad Salleh)

Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Pentadbiran Pusat Islam mulai 14 September hingga 25 Oktober 2012. Terbuka kepada WARGA UKM SAHAJA. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Shariza/En. Zin di talian 03-89214728/5404.


Yuran penyertaan adalah :


Pelajar : RM45.00 SAHAJA

Kakitangan : RM65.00 SAHAJA

TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 300 SAHAJA
Read more »

Friday 21 September 2012

BOYCOTT YOUTUBE - 20, 21, 22 Sept


When you attack black people, They call it "Racism",
When you attack Jewish people, They call it "Anti-semetism",
When you attack Women, They call it "Gender discrimination",
When you attack Homosexuality, They call it "Intolerance",
When you attack your Country, They call it "Terrorism",
When you attack a Religious sect, they call it "Hate speech",
But when They attack at the dignity of our Beloved Prophet Mohammad (Peace Be Upon Him) 
They call it " Freedom of Expression".
Share if you can ! Raise your voice if it exists, at least it is the lowest level of imaan !.

BOYCOTT YOUTUBE - 20, 21, 22 Sept

Google group has denied the removal of anti islamic video from
youtube and google. Plz inform all muslim to please boycott Youtube on 20, 21, 22 Sep. To record protest for film against Islam <


Read more »

Sunday 20 May 2012

Tahniah Kepada Yang di-Pertua Baru.


Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada beberapa exco al-Hujjah sesi 2011/2012 dan ahli-ahli kelab yang telah di lantik menjadi Yang di-Pertua persatuan atau kelab masing-masing untuk sesi 2012/2013.

Mereka ialah:

1) Saudara Muhammad Rasyid b. Ismail (Exco Kerohanian & Tarbiah al-Hujjah 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam.

2) Saudara Wawan Setiawan b. Abd Gafar (Setiausaha al-Hujjah 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah.

3) Saudara Muhammad Adib b. Aziz (Exco Akademik & Kebajikan al-Hujjah 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Anak Negeri Melaka.

4) Saudara Muhammad Zakwan b Halim telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah.

5) Saudara Amirul Akram b. Mohd Hajazi telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiwa Negeri Terengganu.

6) Saudara Farhan b. Mamat ( Exco Penerbitan & Publisiti PMFPI 2011/2012) telah dilantik menjadi Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Negeri Kelantan.

Tahniah diucapkan kepada semua. Semoga anda semua dapat menjadi pemimpin yang terbaik sekaligus memartabatkan nama Jabatan Syariah di seluruh UKM.

Read more »

AGM al-Hujjah 2012


Pada 9 Mei 2012, telah diadakan Annual Grand Meeting atau Mesyuarat Tahunan Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Seminar Siswazah 1 Fakulti Pengajian Islam.

Ketua Jabatan iaitu Dr. Shofian Ahmad telah merasmikan mesyuarat itu. Turut menghadirkan diri ialah Penasihat Kelab al-Hujjah iaitu Dr. Adib Samsuddin.

Dalam mesyuarat tersebut, banyak isu dan perkara berbangkit telah dibincangkan. Pelbagai saranan untuk penambahbaikan kelab telah disuarakan. 

Pada majlis tersebut juga, secara rasminya Exco-Exco Pimpinan al-Hujjah sesi 2011/2012 meletakkan jawatan yang diketua oleh Saudara Mohd Lutfi selaku YDP Kelab Syariah (al-Hujjah) sesi 2011/2012. Selepas itu, Exco-exco baru untuk tahun 2012/2013 secara rasminya telah dilantik untuk mengorganisasikan kelab pada sei akan datang.

Akhir kata, Tahniah kepada mantan-mantan exco yang selama ini telah bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menaikkan nama Kelab Syariah (al-Hujjah). Jasa anda tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang. Kepada exco-exco baru, tahniah kerana dilantik menjadi jawatankuasa baru dalam organisasi al-Hujjah.
Read more »

Makan Malam Tahun 3 ( Colouful Arabian Corporate)


 Pada 8 Mei 2012 yang lepas, Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah UKM telah mengadakan Majlis Makan Malam Tahun 3 Jabatan Syariah bagi meraikan mahasiswa dan mahasiswi tahun 3 yang merupakan pelajar tahun akhir bagi sesi 2012/2013. 

Dengan tema Colourful Arabian Corporate, majlis ini telah diadakan di Bangi Golf Resort, Bangi. Majlis yang diketuai oleh Saudara Helmi, alhamdulillah berjalan dengan lancarnya.

Terima Kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam ini. Tahniah diucapkan kepada mahasiswa/i tahun 3. Semoga dapat menempah kejayaan yang akan mendatang. 

-wallauhua'lam-






Read more »

Fiesta Syariah Intelek.


Alhamdulillah, Fiesta Syariah Intelek 2012 telah pun dijayakan oleh para ajk dan urusetia.
Walaupun agak lewat untuk meng"update" blog ini, tetapi admin tetap ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada mereka yang telah bertungkus lumus menjayakan progeam serta menghadiri program ini.

Pelbagai program telah dijalankan antaranya seperti, seminar Human Rights in Islam yang mendatangkan pembentang-pembentang dari United Kingdom, Washington, International Citizen Malaysia, dan Peguam Group ABIM. Selain itu, ada Forum Ekonomi Konvensional vs Ekonomi Islam, Sehari Bersama Astrofiqh dan CosmoFiqh, Forum Siswi , pertandingan deklamasi sajak serta menulis Khat.

InsyaAllah, jika diberi kesempatan, Fiesta Syariah Intelek akan diteruskan pada tahun-tahun berikutnya.

Read more »

Thursday 5 April 2012

Program Jejak Warisan Ilmu Islam di Bandung, Indonesia.

Mahasiswa Tahun 2 Jabatan Syariah Akan Mengadakan Jejak Warisan Ilmu Islam Di Bandung.
Semoga Program Ini Berjalan Dengan Lancar Dan Membawa Pelbagai Faedah Kepada Masyarakat, Agama Dan Negara.
Read more »

Mencari Dana Untuk Ke Bandung Indonesia























kepada Kawan-kawan yang tiada gambarnya admin memohon maaf kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Read more »

Tuesday 13 March 2012

Pelajar FPI Penghujah Terbaik Pertandingan Mahkamah Mut Syariah


 Pelajar Tahun Tiga Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, Syamimi Ab Rahman, telah dinobatkan sebagai Penghujah Terbaik Pertandingan Mahkamah Mut Syariah Peringkat Kebangsaan 2011 pada 10 dan 11 Disember lalu.

Kemenangan Syamimi itu telah membawa kegembiraan kepada pasukan UKM yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan menentang pelajar daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

p/s : Untuk berita selanjutnya klik > UKM NEWS PORTAL
Read more »

Forum Bicara Siswi



 Forum anjuran Biro Hal Ehwal Siswi, Kelab al-Hujjah, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tajuk:
Kecantikan Wanita : Mengundang Bahagia Atau Menempah Sengsara ??

Ahli Panel:
Dr. Zuliza bt. Mohd Khusrin
Ustazah Salmy Edawaty bt. Yaakob









Read more »

Monday 12 March 2012

Liga Piala Dekan









p/s : gambar yang selebihnya boleh ambil dalam link fb : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.287838644584570.60620.100000753113177&type=3
Read more »