Sunday 20 May 2012

AGM al-Hujjah 2012


Pada 9 Mei 2012, telah diadakan Annual Grand Meeting atau Mesyuarat Tahunan Kelab al-Hujjah Jabatan Syariah. Mesyuarat telah diadakan di Bilik Seminar Siswazah 1 Fakulti Pengajian Islam.

Ketua Jabatan iaitu Dr. Shofian Ahmad telah merasmikan mesyuarat itu. Turut menghadirkan diri ialah Penasihat Kelab al-Hujjah iaitu Dr. Adib Samsuddin.

Dalam mesyuarat tersebut, banyak isu dan perkara berbangkit telah dibincangkan. Pelbagai saranan untuk penambahbaikan kelab telah disuarakan. 

Pada majlis tersebut juga, secara rasminya Exco-Exco Pimpinan al-Hujjah sesi 2011/2012 meletakkan jawatan yang diketua oleh Saudara Mohd Lutfi selaku YDP Kelab Syariah (al-Hujjah) sesi 2011/2012. Selepas itu, Exco-exco baru untuk tahun 2012/2013 secara rasminya telah dilantik untuk mengorganisasikan kelab pada sei akan datang.

Akhir kata, Tahniah kepada mantan-mantan exco yang selama ini telah bertungkus lumus dan berusaha keras untuk menaikkan nama Kelab Syariah (al-Hujjah). Jasa anda tidak akan dilupakan dan akan sentiasa dikenang. Kepada exco-exco baru, tahniah kerana dilantik menjadi jawatankuasa baru dalam organisasi al-Hujjah.

No comments:

Post a Comment