Saturday 30 March 2013

OPKIM Jalinan Mahabah


Alhamdulillah. Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Anjuran Kelab Syariah (Al-Hujjah) UKM akan diadakan pada 3-6 April 2013.

Menariknya OPKIM pada kali ini akan diadakan di Kemaman Terengganu. Banyak aktiviti menarik akan diadakan pada OPKIM kali ini. Program Motivasi Jejak Gemilang juga  bakal diadakan di dua buah sekolah rendah di daerah Kemaman beserta smart solat juga. Nantikan!! ;)
Read more »

Annual Grand Meeting


Annual Grand Meeting Kelab Syariah (Al-Hujjah) akan diadakan tidak lama lagi pada 1 April 2013 (Hari Isnin) pada jam 8 malam di Bilik Seminar Siswazah 1.

Dijemput hadir ke Annual Grand Meeting Kelab Syariah (Al-Hujjah) sesi 2012/2013

Read more »

Saturday 23 March 2013

Santai Siswi Kembali.!!

Pada 24 Mac 2013 akan diadakan Program Santai Siswi anjuran Kelab Syariah (Al-Hujjah)

Kita santai-santai saja. Khas untuk para siswi sahaja..

Program Santai Siswi ini akan diadakan di Taman Botani, Putrajaya  dari jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang.

Antara pengisian yang menarik dalam santai siswi ini ialah :


  • Ice Breaking
  • Bersantai dengan Nature
  • Games
  • Tazkirah Ringkas
  • Pelbagai lagi yang menarikkkk!!

Read more »

Program Qiamulalil Perdana

Alhamdulillah.. Kelab Syariah ) Al-Hujjah telah selesai melaksanakan Program Qiamulalil Perdana pada 22 Mac 2013 bersamaan Hari Jumaat yang bertempat di Masjid UKM.

Kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli-ahli Hujjah bagi menjayakan program ini.



Qiamulail sekitar jam 4 pagi. 

Ketenangan lebih dirasai ketika dihening pagi. Memohon keredhaan, keampunan  hanya pada-Mu Ya Rabb.


Sesi Tazkirah selepas solat Subuh bersama dengan Ustaz Muhammad Adib Samsudin.



Antara input yang didapati semasa sesi Tazkirah bersama Ustaz Muhammad Adib Samsudin ialah :

Setiap tindakan yakni perbuatan ataupun percakapan yang keluar daripada orang mukmin adalah yang membawa kepada kebaikan.

Sifat orang yang beriman adalah dengan melahirkan rasa kegembiraan melalui bersyukur kepada Allah.

Betapa hebatnya orang yang sabar kerana apabila ditimpa musibah/ kemudharatan maka dia akan sabar kerana dia meyakini bahawa Allah akan menjaga dan melindunginya.

Air mata..menahan kesabaran itu dengan menangis kerana itu merupakan satu rahmat daripada Allah.

Tips untuk bersabar --> Jangan Marah sebab marah itu adalah tanda tidak sabar :)

Read more »

Saturday 16 March 2013

KARNIVAL PC & BOOK FAIR






Alhamdulillah.. Kelab Syariah (Al-Hujjah) telah menganjurkan karnival PC & Book Fair di Bangunan Pusanika UKM. Program ini diadakan pada 11-15 Mac 2013 bertempat di Bangunan Pusanika, UKM.

Pelbagai alat teknologi maklumat yang dijual sepanjang program berlangsung. Antaranya peralatan teknikal dalam komponen-komponen komputer, antivirus-antivirus dan macam-macam lagi.

Selain daripada itu, pelbagai jenis buku ilmiah, buku-buku motivasi, kitab-kitab agama juga boleh didapati di karnival ini.


Menariknya di Karnival PC & BOOK FAIR ini ialah terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti lelongan pen drive serendah RM1, harddisk juga boleh dimiliki dengan harga RM150 dengan pembelian RM50  daripada tapak karnival, baucer makanan rasamas juga turut disediakan kepada para pengunjung, yang bestnya, boleh menggunakan baucer buku!!

Sekitar Program Karnival PC and BOOK FAIR 



Saudara Wawan iaitu YDP Kelab Syariah (Al-Hujjah) antara yang bertuah mendapatkan hard disk berkapasiti 500GB dengan nilai RM150. Tahniah!



Wajah gembira pengunjung yang mendapatkan baucer makanan percuma daripada karnival ini.



Pengunjung yang meng'like Fan Page untuk program ini. Terima kasih atas sokongan !


Mari-mari!!! Lelongan pen drive berkapasiti 4GB serendah RM1.


sekitar lelongan diadakan



Antara pengunjung bertuah yang mendapatkan pen drive dengan harga terendah. Tahniah!



Nampak? Hard disk limted per day dengan harga RM150 telah habis dijual..!!


Terima kasih di atas sokongan daripada pihak penganjur, urusetia, AJK dan juga para pengunjung yang terdiri daripada mahasiswa UKM, Staff UKM dan juga pengunjung luar kerana menjayakan program ini dan program berjalan dengan lancar. Alhamdulillah 


Read more »