"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)
Tuesday, 28 June 2011
Wednesday, 8 June 2011
Say "YES" For 4G Internet at UKM
YTL COMMUNICATIONS Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan Internet mudah alih 4G melabur kira-kira RM2.6 juta setahun bagi Program Rakan Pendidikan (EPP) kepada 25,000 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membolehkan penuntut universiti berkenaan menikmati capaian jalur lebar data dan suara secara cepat dan mudah. Pengarah Eksekutifnya selaku pengarah program terbabit Yasmin Mahmood berkata, syarikatnya berbangga kerana mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar itu kepada warga kampus bagi membentuk perubahan positif kepada persekitaran akademik. “Program ini menyediakan peluang kepada pelajar universiti untuk mengakses Internet berteraskan rangkaian 4G pada bila-bila masa bagi mendapatkan maklumat untuk penyelidikan, perundingan dan pembelajaran. “Setiap pelajar akan menerima capaian Internet percuma 300 megabit sebulan tanpa sebarang caj penggunaan selama tiga tahun dan perkhidmatan itu akan dinikmati di kampus ini selewat-lewatnya September nanti,” katanya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian antara YTL Communications dan UKM di Bangi.
Subscribe to:
Posts (Atom)