Friday, 14 October 2011

Apabila Status Kita di LIKE...






Apabila status kita di LIKE...
itu bermakna status kita mendapat perhatian...
 
Dengan sekali klik pada "button like"
Ia bermakna kita suka dengannya...

Kalau LIKE....itu tandanya kita sokong, 
siapa sokong kebajikan dapat Pahala dan siapa sokong kejahatan dapat Dosa...

Maka fikir-fikirkanlah..
Anda mahu saham yang bagai mana??
Saham ke syurga, atau saham ke neraka..

Tapi yang menjadi bahaya, semakin ramai yang LIKE semakin terasa megah kerana postnya paling mendapat sambutan. Jadi, betulkan niat anda kerana niat itu yang penting.. 
Niat untuk sebar ilmu/kebaikan kerana Allah, bukan untuk bermegah-megah/riya'..

Mudah-mudahan dijauhkan dari sifat itu...insya ALLAH


~~untuk peringatan diri sendiri dan semua~~(^_^)
Read more »

Thursday, 13 October 2011

10 Muwasafat Tarbiyyah

Adakah Kita Memenuhi Semua Ciri-Ciri Ini ? Tepuk Dada Tanya Iman..

10 Muwasafat merupakan ciri-ciri utama pembinaan seorang kader dakwah. Dari detik pertama seseorang itu menjejaki alam tarbiyyah, dia tidak dapat dipisahkan dengan pembinaan muwasafat-muwasafat ini sehingga dirinya terus di baluti oleh Islam yakni menjadi individu muslim yang unggul. Berikut merupakan sedikit pendetailan terhadap 10 Muwasafat.

Berkata Iman Hassan Al-Banna ketika melalui marhalah ini 'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'


1) Aqidah Yang Sejahtera

    * Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
    * Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
    * Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubha

Pemerincian ciri :
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt



2)Ibadah Yang Sahih

    * Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
    * Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
    * Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).

Pemerincian ciri :
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin



3) Akhlak Yang Mantap

    * Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.

Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

Pemerincian ciri :
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya


4)Mampu Berdikari

    * Walaupun kaya, perlu bekerja.
    * Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
    * Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
    * Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
    * Menjauhi riba dalam semua lapangan.
    * Menyimpan untuk waktu kesempitan.
    * Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
    * Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam

Pemerincian ciri :
Menjauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi


5) Berpengetahuan luas

    * Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.
    * Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.
    * Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
    * Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

Pemerincian ciri :
Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita


6) Sihat Tubuh Badan

    * Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
    * Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"
   
* Pesanan al-Banna:
"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan"

    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

Pemerincian ciri :
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat


7) Mampu melawan nafsu 
    * Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
    * Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
    * Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.



8)Tersusun Urusannya

    * Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
    * Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka "..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia."

Pemerincian ciri :
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam


9)Sangat Menjaga Masa

    * Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
    * Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakw

Pemerincian ciri :
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar
Menggunakan waktu untuk beribadah
Tidak mensia-siakan masa yang ada untuk melepak


10)Bermanfaat Kepada Orang Lain

    * Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
    * Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai.
    * Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
    * Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

Pemerincian ciri :
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

Read more »

Kitaran hidup mahasiswa yang sama sahaja..???

 RENUNG-RENUNGKANLAH..
Read more »

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH BANGUNAN KAIN HITAM TU..?




"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 
"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"
 
 "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"
 
"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"
 
"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
 
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
 
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."
 
"Di mana?"

"Dalam tv la.."


"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

 
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"
 
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

 
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. ye x ye gak kan...kau betul.."



Tahun ini berjuta-juta umat Islam seluruh dunia bakal mengerjakan haji di Baitullah… Mudah-mudahan kita akan menjadi tetamunya yang seterusnya.. AMIIN
Read more »

YA ALLAH, BUKALAH JIWAKU INI KEPADA PERKARA-PERKARA YANG BAIK-BAIK SAHAJA


Kata-kata mutiara IMAM SYAFII tentang kehidupan:



1. Belajarlah ilmu fiqah sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya
2. Menuntut ilmu lebih baik daripada sembahyang sunat
3. Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.
4. Sesiapa hendak kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu dan sesiapa yang berkehendakan kepada akhirat, juga hendaklah dia mencari ilmu
5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan
6. Sesiapa menuntut ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang
7. Kemiskinan orang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil adalah kemiskinan kesusahan
8. Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemuliaannya
9. Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat
10. Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuanagan
Read more »

YA ALLAH, MUDAHKAN HATIKU MENERIMA NASIHAT DAN MENGAMALKAN PERBUATAN ELOK




Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan:

1. Jangan bakhil atau kedekut kerana peranagai itu memalukan
2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah menjaga maruah
3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat
5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam
6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu
10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan
Read more »

WAKTU PAGI LEBIH INDAH DISINARI NIKMAT DHUHA




Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

“SETIAP TULANG SENDI SESEORANG MENJELANG PAGI MEMERLUKAN SEDEKAH, UNTUK ITU SETIAP TASBIH ADALAH SEDEKAH, SETIAP TAHMID ADALAH SEDEKAH, SETIAP TAHLIL ADALAH SEDEKAH DAN SETIAP TAKBIR ADALAH SEDEKAH. MENYERU MAKRUF ADALAH SEDEKAH, MENCEGAH KEMUNGKARAN ADALAH SEDEKAH. SEMUA PERBUATAN ITU SAMA NILAINYA DENGAN DUA RAKAAT SOLAT DHUHA”
(Riwayat Abu Dzar)

Nikmat Solat Sunat Dhuha:

1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai.
2. Seolah-olah seluruh anggotanya melakukan kebaikan.
3. Diperkenankan doa selepas solat Dhuha.
4. Dimurahkan rezeki.
5. Dipelihara oleh Allah s.w.t.
6. Dihapuskan dosa.
Read more »

Sunday, 18 September 2011

Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar UKM 2011/2012





Read more »

Fakulti Pengajian Islam Sepintas Lalu

Read more »

Friday, 16 September 2011

Selamat Datang Kepada Mahasiswa/i Baru

Read more »

Wednesday, 13 July 2011

Hari Masyarakat Prihatin


JOM PI GHAMAI-GHAMAI !!!! 
Read more »

Saturday, 2 July 2011

Himpunan Kitab-kitab Agama


Laman yang mempunyai himpunan kitab-kitab thurath dan kitab terbaru agama Islam yang terdiri daripada ilmu Hadis, Akhidah, Ibadah , Syariah, Fiqh, dan sebagainya. Dengar cerita boleh download free..

Anda boleh layari laman ini :
Read more »

Tuesday, 28 June 2011

Selamat Menyambut ISRA' MIKRAJ kepada semua muslimin dan muslimat..



"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui . (Surah al-Isra':1)
Read more »

Wednesday, 8 June 2011

Say "YES" For 4G Internet at UKM



YTL COMMUNICATIONS Sdn Bhd, penyedia perkhidmatan Internet mudah alih 4G melabur kira-kira RM2.6 juta setahun bagi Program Rakan Pendidikan (EPP) kepada 25,000 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membolehkan penuntut universiti berkenaan menikmati capaian jalur lebar data dan suara secara cepat dan mudah. Pengarah Eksekutifnya selaku pengarah program terbabit Yasmin Mahmood berkata, syarikatnya berbangga kerana mampu menyediakan perkhidmatan jalur lebar itu kepada warga kampus bagi membentuk perubahan positif kepada persekitaran akademik. “Program ini menyediakan peluang kepada pelajar universiti untuk mengakses Internet berteraskan rangkaian 4G pada bila-bila masa bagi mendapatkan maklumat untuk penyelidikan, perundingan dan pembelajaran. “Setiap pelajar akan menerima capaian Internet percuma 300 megabit sebulan tanpa sebarang caj penggunaan selama tiga tahun dan perkhidmatan itu akan dinikmati di kampus ini selewat-lewatnya September nanti,” katanya pada majlis menandatangani memorandum perjanjian antara YTL Communications dan UKM di Bangi.
Read more »

Wednesday, 27 April 2011

Selamat Bercuti







Read more »

Monday, 25 April 2011

IMAM MUDA MUSIM KE-2


Setelah melahirkan 10 Imam Muda di musim pertama, Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup famili Islam meneruskan tradisi mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintegriti dan berkredibiliti dengan mengumumkan 10 orang calon Imam Muda untuk musim yang kedua. Buat julung kalinya, pengumuman dari Dewan Muktamar, Menara Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) disiarkan secara langsung di Astro Oasis (Saluran 106).

Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah:

1. Ali Khairudin Haji Abdul Marif, 26 tahun, berasal dari Sabah
2. Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 tahun, berasal dari Perak
3. Nazrul Izwan Zolkiflee, 26 tahun, berasal dari Johor
4. Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20 tahun, berasal dari Selangor
5. Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27 tahun, berasal dari Terengganu
6. Ammar Wan Harun, 27 tahun, berasal dari Kedah
7. Mohd Azlan Zulkarnain, 25 tahun, berasal dari Kuala Lumpur
8. Abdul Fattah Riddzwan, 21 tahun, berasal dari Negeri Sembilan
9. Mujahid Suhaimi, 20 tahun, berasal dari Singapura
10. Zulfadli Haji Awang, 24 tahun, berasal dari Brunei Darussalam.

Calon-calon Imam Muda Musim Ke-2 ini telah diumumkan dalam majlis yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis yang disiarkan secara langsung melalui Astro Oasis (106) ini juga turut disertai oleh Tuan Hj Izelan Basar, Pengurus Saluran Astro Oasis.

Dalam pada itu, salah seorang daripada mursyid yang menjadi tenaga pengajar untuk Imam Muda pada musim ini adalah Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim yang merupakan salah seorang pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia.


Rangkaian program-program Imam Muda mula bersiaran di Astro Oasis (saluran 106) melalui Imam Muda – Ujian yang telah ditayangkan sejak 1 April lalu, setiap Jumaat jam 9.00 malam yang memaparkan senario menarik yang berlaku di sepanjang sesi temu duga yang berlangsung di enam lokasi terpilih.

Seterusnya, bermula 25 April ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.55 malam, penonton berpeluang menyaksikan kesemua calon-calon Imam Muda yang terpilih ini mengikuti kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Mudir (pengetua) dan Mudir (mentor) melalui program Imam Muda – Kapsul.

Pertama kali diperkenalkan pada musim ini, Imam Muda – Mimbar akan bersiaran setiap hari Jumaat jam 6.30 petang bermula 29 April ini. Menerusi program ini, penonton akan disajikan dengan persediaan dua orang peserta yang terpilih untuk menyampaikan tazkirah dan khutbah setiap Jumaat di masjid terpilih sekitar ibu kota.

Manakala seperti musim lalu, Imam Muda yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam akan menguji kesemua calon Imam Muda bakal diuji untuk sesi penilaian. Berdasarkan nilai jawapan yang diberikan oleh peserta, Mudir akan mengumumkan salah seorang peserta sebagai peserta terbaik yang akan menerima ganjaran mingguan.

Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, wang tunai RM 30,000, sebuah kereta, pakej menunaikan Haji dan Umrah, beserta hadiah sampingan yang lain. Kesemua hadiah yang bakal diterima oleh Juara Imam Muda bernilai lebih RM 350,000.


Pada musim kedua ini, Imam Muda sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Bank Islam selaku penaja utama dengan kerjasama Salamfon sebagai penaja rasmi telekomunikasi serta Radio Ikim selaku radio rasmi. Informasi terkini seperti maklumat lengkap Imam Muda musim kedua, berita-berita tentang aktiviti terkini, gambar dan video eksklusif dan menarik boleh didapati melalui laman web rasmi www.astro.com.my/imammuda
Read more »

Sunday, 24 April 2011

4 Latihan Rohani Buat Anda

Read more »

Saturday, 23 April 2011

Piagam Madinah


(UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRAN)


1.0      PENGENALAN

Ahli sejarah Barat pada abad ke-18 sering menganggap bahawa perlembagaan yang pertama di dunia ialah Perlembagaan Amerika Syarikat yang digubal pada tahun 1787 dan Perlembagaan Perancis yang digubal pada tahun 1815. Tarikh yang lebih awal daripada itu pula ialah pada tahun 1215 apabila Magma Carta di Britain yang dianggap sebagai perlembagaan tidak bertulis pertama di dunia.[1]

Namun begitu, penyelidikan yang dibuat dari sudut sejarah perlembagaan dunia menunjukkan bahawa piagam politik yang memenuhi syarat-syarat kenegaraan pertama yang muncul di dunia ialah pada abad ke-7. Perlembagaan yang pertama itu bukanlah Perlembagaan Amerika Syarikat atau Perlembagaan Perancis seperti yang dianggap oleh sejarawan Barat tetapi perlembagaan itu ialah Perlembagaan Madinah.[2] Menurut W. Montgomery Watt, Ibn Ishaq (w. 151 H / 768 M, ahli hadis dan sejarawan Islam terkenal) telah mendefinisikan dokumen yang digubal oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w sebagai Piagam Madinah.[3]

Piagam Madinah digubal oleh Nabi Muhammad S.A.W setelah berlakunya peristiwa penghijrahan masyarakat Islam di Mekah ke Madinah. Piagam ini menjadi panduan hidup umat Islam dan bukan Islam di Madinah pada zamannya. Para sejarawan Islam dan orientalis memberi pelbagai nama yang berbeza kepada  dokumen ini, seperti sahifah, perjanjian, piagam, undang-undang, perlembagaan konstitusi .[4]  

Piagam ini merupakan satu kod undang-undang yang ringkas dan padat. Oleh kerana itu, amat sukar bagi sesetengah masyarakat untuk mentafsirkan dan memahami konsep-konsep umum yang terkandung di dalamnya. Penulisan ini akan menghuraikan ciri-ciri umum yang terkandung dalam Piagam Madinah supaya boleh menjadi rujukan kepada masyarakat.

2.0       SEJARAH PENULISAN PIAGAM MADINAH.

Sejarah penulisan dan penggubalan Piagam Madinah ini berlaku selepas Rasulullah s.a.w dijemput oleh penduduk Madinah. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad ke Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada dua bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi. Masyarakat Arab di Madinah terdiri daripada dua puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi berhjrah ke Madinah.

Pada tahun-tahun terakhir Muhammad di Mekah, sebuah delegasi dari Madinah, terdiri daripada wakil-wakil dari dua belas suku, yang penting dari Madinah, mengundang Nabi Muhammad s.a.w sebagai pihak luar yang berkecuali ke Madinah untuk bertugas sebagai orang tengah untuk seluruh komuniti.[5] Masyrakat Madinah sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w hidup dalam keadaan huru-hara kerana adanya pergaduhan di antara puak-puak besar di Madinah seperti Yahudi dan Kafir yang berlaku sekitar seratus tahun sebelum 620 Masihi. Pergaduhan ini berlaku kerana adanya perbezaan pendapat diatas setiap tuntutan yang dibuat terutamanya berkaitan perlantikan pemerintah.[6] Selepas peperangan Bu'ath, pergaduhan yang berlaku di antara puak-puak yang tinggal di Madinah ini sehinggakan melibatkan pertumpahan darah yang banyak dan perbincangan atau musyawarah tidak dapat diamalkan lagi melainkan ada seseorang yang mempunyai kuasa unutk mengadili kes-kes yang menyebabkan berlakunya pergaduhan itu.[7]

Oleh hal yang demikian, delegasi daripada Madinah menawarkan diri mereka dan seluruh masyarakat Madinah menberi jaminan untuk menerima Nabi Muhammad s.a.w sebagai orang tengah bagi menyelesaikan persengketaan mereka. Mereka juga memberi jaminan untuk melindungi Nabi Muhammad s.a.w sebagai salah seorang daripada masyarakat mereka.[8]

Rasulullah s.a.w tidak terus berangkat ke Madinah, tetapi sebaliknya baginda menghantar wakil baginda iaitu Mush’ab bin ‘Umair. Kesempatan ini dimanfaatkan dengan baik oleh Muhammad untuk mempersiapkan “rumah” baru bagi dakwahnya menggantikan situasi Kota Makkah yang tidak kondusif untuk mengembangkan dakwah. Mush’ab melaksanakan tugas beliau sebagai duta pertama Nabi Muhammad ke Madinah, serta membantu menyelesaikan masalah penduduk Madinah. Hasilnya, masyarakat Madinah mencapai tahapan perjanjian kesatuan, perang dan permusuhan selesai.[9]

Dalam beberapa tahun berikutnya, Madinah telah berkembang pesat, rakyat pula hidup bersatu padu. Nabi Muhammad yang telah popular di sana kemudian berhijrah menuju kota tersebut dan majoriti masyarakat Madinah menerima baginda sebagai pemimpin. Ketika itu, beberapa suku beragama Yahudi dan sebahagian daripada suku Arab di Madinah masih belum boleh menerima hal ini.[10] Walaupun begitu, dengan niat yang luhur dan karakter kepemimpinan yang bagus, Nabi Muhammad mengunjungi seluruh suku tersebut untuk mendengar masalah dan kepentingan mereka. Pada akhirnya, pada tahun 622 M, mereka pun menerima Piagam Madinah sebagai pelindung bagi hak dan kepentingan mereka sebagai rakyat Madinah.[11]

Sejarawan berpendapat, selepas Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah menggubal satu perlembagaan yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan puak-puak yang berada di Madinah. Selain itu, perlembagaan yang di gubal itu adalah satu perjanjian terbuka di antara puak-puak itu agar menunjukkan kesatuan dalam sebuah pimpinan. Menurut D. Sirojudin Ar, satu perjanjian telah dibuat oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Muslimin, Muhajirin, Ansar, dan kaum Yahudi.[12] Ini dapat dilihat dalam dokumen yang di panggil sahifah, yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dokumen yang digubal itu adalah untuk mengatur hubungan di antara mukmin dan muslim dari puak Quraisy serta penduduk Yastrib ( nama asal Madinah ) serta sesiapa sahaja yang mengikuti mereka, dan menggabungkan diri serta berjuang bersama mereka.[13] Pernyataan ini menunjukkan bahawa perjanjianyang dibuat oleh baginda itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu menerimanya dan mahu bersatu di dalamnya. Ibn Ishaq meriwayatkan perjanjian tersebut memberi keterangan bahawa Rasulullah s.a.w telah menulis satu piagam antara orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar dan perjanjian damai dengan kaum Yahudi yang mengakui dan melindungi agama, hak serta kewajipan mereka.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad ( Hanbali ), Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Dawud, perjanjian yang berlaku antara Rasulullah dengan puak-puak yang menunjukkan kesetiaan terhadap perjanjian itu berlangsung di rumah Anas bin Malik.[14] Perjanjian atau piagam ini merupakan rumusan kepada kesepakatan masyarakat yang pelbagai yang terdiri dari suku-suku Arab Muslim, puak-puak Arab kafir dan suku-suku Yahudi.


3.0       LATAR BELAKANG PIAGAM MADINAH.

Pada tahun 622 Masihi bersamaan 1 Hijrah Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk dasar pemerintahan dan pentadbiran Islam dengan menggubal Piagam Madinah ( Sahifah Madinah ).[15] Piagam yang digubal oleh Rasulullah ini antara lainnya menentukan corak hubungan, hak dan tanggungjawab setiap kaum yang menjadi warga kota Madinah, termasuklah golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.[16] Selain daripada itu, Piagam Madinah ini juga menegaskan tentang hak asasi dan kebebasan beragama untuk semua .

Piagam Madinah ini mengandungi 10 bab yang dipecahkan kepada 47 fasal.[17] Rasulullah telah membahagikan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Piagam Madinah kepada dua bahagian. Bahagian pertama yang mengandungi 23 fasal menyentuh tentang hak dan tanggungjawab orang Islam terutamanya golongan Muhajirin dan golongan Ansar. Bahagian kedua Piagam Madinah yang mempunyai 24 fasal menyentuh tentang golongan Yahudi, hak dan tanggungjawab mereka terhadap negara Madinah.[18]

Piagam Madinah sebagai sebuah perlembagaan telah menggariskan peranan dan tanggungjawab pemerintah terhadap yang diperintah, dan tanggungjawab yang diperintah kepada pemerintah ( negara Islam ).[19] Antara intipati piagam ini ialah sumber perundangan negara Islam adalah al-Quran dan al-Hadis. Sebagai ketua negara Islam, Rasulullah s.a.w berperanan sebagai ketua hakim dengan bertindak mentafsir, menunjuk dan melaksanakan syariat Islam. Kesatuan ummah dan negara, memperlihatkan bagaimana orang Yahudi dianggap sebagai 'ummah' bersama dengan masyarakat Islam, dengan digariskan peranan, hak, dan tanggungjawab kepada negara.[20]

Disini, perbezaan agama tidak bermakna menolak kewarganegaraan seseorang dan sama ada warganegara beragama Islam atau tidak, tetapi kedua-duanya lengkap-melengkapi dengan mempertahankan kedaulatan negara. Wujudnya kebebasan untuk bergerak dan menetap di Madinah. Setiap warganegara bebas untuk bergiat, memiliki harta, menuntut ilmu, dan sebagainya selagi tidak mengancam kepentingan negara, dan mereka dibenarkan untuk menetap di mana-mana kawasan. Hak dan tanggungjawab dalam pertahanan negara juga ditegaskan. Ancaman musuh atau negara asing hendaklah ditangani secara bersama oleh warganegara beragama Islam atau tidak. Mereka mesti bantu-membantu dan tidak dibenarkan bersekutu dengan musuh. Kos pertahanan juga adalah dikongsi bersama.[21] Hubungan kebajikan di antara warganegaradengan setiap anggota masyarakat berasaskan semangat bantu-membantu antara satu sama lain terutama jiran. Kerjasama dibentuk untuk kebajikan.

Tanggungjawab menegakkan keadilan sosial merupakan peranan pemerintah dan yang diperintah. Setiap golongan yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman, dan masyarakat hendaklah memupuk nilai-nilai murni yang baik bagi mencegah berlakunya kemungkaran ini. Manakala setiap orang yang dizalimi berhak untuk mendapat pembelaan dan orang yang zalim boleh dibicarakan dan dihukum tanpa mengira kedudukan dalam struktur sosial masyarakat. Undang-undang untuk keselamatan warganegara dan ummah dilaksana seperti hukuman qisas ke atas pembunuh. Kebebasan beragama menunjukkan warganegara Islam atau bukan Islam berhak mengamalkan ajaran agama, selagi tiada gangguan atau paksaan kepada orang lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka. Terdapat tanggungjawab negara terhadap warganegara bukan Islam, iaitu orang kafir zimmi wajib dilayan oleh pemerintah Islam selagi mereka menunjukkan taat setia kepada negara Islam ini.[22] Semua pihak berkewajipan untuk melaksanakan perdamaian, kerana sebelum ini masyarakat Arab terikat dengan sistem kabilah yang mementingkan semangat assabiyah dan kesukuan, dan sentiasa bermusuhan terutama golongan Yahudi.

Perdamaian yang dipupuk akan melahirkan sikap toleransi dalam masyarakat dan memelihara keamanan dan kestabilan negara. Sekiranya pihak musuh meminta perdamaian, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh ditolak dan hendaklah bersama-sama menyertai perdamaian ini. Berdasarkan kepada intipati Piagam Madinah, negara Islam ketika itu telah memperlihatkan sikap toleransi, mementingkan peranan dan tanggungjawab, dan nilai-nilai murni dalam perpaduan ummah dalam proses perkembangan tamadun Islam.[23]


4.0       PENILAIAN TERHADAP NASKAH PIAGAM MADINAH.

Para ilmuan telah membuat kajian dan telah membuat penilaian terhadap naskah Piagan Madinah. Mereka berpendapat Piagam Madinah bukanlah hanya sekadar dokumen biasa semata-mata. Penilaian mereka terhadap terhadap Piagam Madinah adalah seperti berikut :

        4.1       Piagam Yang Lengkap
        Para sarjana memberi pendapat dan penilaian yang berbeza terhadap naskah           piagam ini. Tetapi dalam satu hal, mereka memberi pendapat yang sama iaitu          Piagam Madinah ini adalah satu dokumen politik yang paling lengkap dan paling   tua dalam sejarah. W. Montgomery Watt dalam bukunya "Muhammad at Medina"         berkata:
                                               
                            " Ibn Ishaq has preserved an ancient document commonly     known as the " Constitution of Medina". A part from the introductory words, however, he tell us nothing about it, neither how he came by it nor when and how it was brought into forces, on the letter points he must be presumed ignorant; its places near the beginning of this account of the Medinah period is simply that called by logic".[24]
           
            Malahan Ibn ishaq juga telah meninggalkan keterangan pendek yang berbunyi:

                            " Utusan tuhan itu telah menuliskan suatu piagam ( kitab ) di antara orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar, yang memuatkan juga perjanjian dengan kaum Yahudi, mengakui dan melindungi agama mereka dan harta benda mereka".[25]

                        Keterangan inilah yang cuba dikatakan oleh Montgomery Watt di atas pernyataan "tidaklah meninggalkan sesuatu apa".[26] Walaupun begitu, ada dua unsur yang penting terkandung dalam keterangan yang pendek itu.[27] unsur iaitu ialah:

i.          Piagam yang tertulis adalah mengatur hubungan antara sesama kaum Muslimin, antara orang-orang Muhajirinyang datang dari Mekah dan orang-orang Ansar yang menjadi penduduk asli Kota Madinah.

ii.        Piagam itu adalah perjanjian antara kaum Muslimin di satu pihak, dengan kaum Yahudi di satu pihak yang lain, yang memuatkan pengakuan dan perlindungan terhadap agama mereka.

            Berdasarkan unsur-unsur penting ini, maka ahli-ahli sejarah yang kemudian mengemukakan pendapat dan penilaian masing-masing yang berlainan, tetapi pada dasarnya pendapat mereka semua hampir serupa. Antara ahli-ahli sejarah yang mengeluarkan pendapat ialah:

i.          Dr. Muhammad Jamaluddin Sarur dalam bukunya "Qiyam ud Daulah el-'Arabiyah el-Islamiyah" mengatakan, "Sesudah pasti tempat membuat sesuatu peraturan ( Nizham ) untuk kehidupan umum, yang akan menjadi sendi bagi pembentukan persatuan bagi segenap warganya ( penduduk ).[28]

ii.        Muhammad Chalid menyebut dalam bukunya, "Chatam un Nabiyyin" seperti berikut, "Inilah sebahagian dari kandungan "piagam" yang utama itu, ialah dasar-dasar negara Islam yang didirikannya. Isinya yang paling tegas ialah bekerja untuk mengatur suatu umat, membentuk suatu masyarakat, dan menegakkan sutu pemerintahan" [29]

4.2       Undang-undang Negara
Suatu kenyataan yang harus diterima kebenarannya oleh umum, iaitu penyelidikan     yang dilakukan oleh sarjana-sarjana Barat lebih mendalam berbanding sarjana-sarjana Islam tentang piagam ini. Mereka telah melakukan penyelidikan terhadap Piagam Madinah. Setelah diselidik, ada pendapat yang menilai piagam ini adalah satu undang-undang negara yang dihasilkan oleh Nabi Muhammad sebagai seorang negarawan yang dipimpin oleh tuhan, atau sebagai seorang "legislator" dan "lawgiver" yang memiliki kepintaran yang luar biasa. Pendapat-pendapt ini dinyatakan oleh sarjana-sarjana berikut:

i.                 Prof. H.A.R. Gibb menamakan Piagam Madinah sebagai ''penetapan legislatif". Dalam bukunya "Muhammadanism" diterangkan bahawasanya, "Di Madinah semua ini berubah. Kewujudan komuniti baru yang disebut untuk terbentuknya banyak undang-undang dan peraturan sosial untuk diperluaskan pengajaran akhlak baginda. Tetapi ianya berubah secara berperingkat-peringkat. Kanun perundangan pertama Muhammad meletakkan dasar sosio-politik masyarakat Madinah bersama, tidak ditemui di dalam al-Quran sama sekali. Ianya juga bukanlah suatu revolusi tetapi adalah berdasarkan inisiatif baginda sendiri yang mempunyai suatu kelainan dalam diri baginda ( dan mungkin pengikutnya juga) yang menggambarkan wahyu dan tindakan peribadi.[30]

ii.                  George. E. Kerk, menamakan Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad S.A.W yang dianggap "lawgiver" (penggubal undang-undang) sebagai "act" ( undang-undang ). Nabi Muhammad menganggap dirinya sebagai pengganti nabi kaum Ibrani yang utama, terutama Ibrahim dan beliau menerima beberapa bentuk ibadah Yahudi, termasuk menghadap Baitulmuqaddis ketika sembahyang.[31]

4.3       Perlembagaan Negara.
Penilaian yang terakhir ini menaikkan nilai piagam yang bersejarah ini kepada suatu penakrifan yang tertinggi iaitu perlembagaan negara. Secara keseluruhannya piagam ini memenuhi segala syarat yang diperlukan oleh sesuatu perlembagaan yang membolehkannya dianggap sebagai perlembagaan.

            Ada pendapat menyatakan bahawa nama-nama lain yang diberikan kepada Piagam Madinah itu adalah satu klasifikasi yang tidak lengkap kerana memandang dari satu sudut sahaja atau mengambil sebahagian daripada kandungannya.

            Menamakan piagam ini sebagai deklarasi hak-hak manusia hanya kerana kandungan fasal-fasal itu bersangkutan. Bahkan di dalamnya terkandung didalam fasal-fasal yang menyebut berkaitan hak-hak setiap kaum dan terutamanya hak-hak kaum minoriti. Mengakui ianya sebagai undang-undang negara hanya kerana ada peraturan-peraturan yang sistematik yang terkandung di dalam piagam itu. Malahan ada yang menyebutnya sebagai perjanjian kerana menyebut fasal-fasal yang berkaitan kaum Yahudi.

            Hal ini telah ditangkis, jika dilihat dari sudut keseluruhan tidak ada satu pun daripada takrifan kepada klasifikasi itu yang paling tepat melainkan menamakannya sebagai perlembagaan negara. Para cendiakawan telah memberi pandangan mereka tersendiri tentang perlembagaan negara. Antaranya ialah:

i.                    Dr. Muhammad Hamidullah dalam bukunya " The First Written Constitution of The World" menyatakan perlembagaan bertulis yang pertama di dunia ialah kandungan yang dikupas di dalamnya. Seluruh isi piagam itu dibahagikan kepada pendahuluan, 47 fasal dan penutup.[32]

ii.                  Selanjutnya Tor Andrae dalam bukunya yang diterjemahkan oleh Theophil Menzel ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Muhammad, The Man and His Faith" yang diterbitkan di New York pada 1960, halaman 136, menyatakan bahawa, “Perundangan (ummah) Madinah adalah naskah perlembagaan yang pertama yang sedikit demi sedikit dapat menjadikan Islam sebagai negara dunia dan agama dunia.[33]

iii.                Jimly Asshiddiqie, Ketua Mahkamah Konstitusi Republik Indonesia, mengatakan kepada wartawan berita mahkamah konsitusi yang bertarikh 30 November 2007 di Jakarta, “Piagam Madinah merupakan kontrak sosial bertulis pertama di dunia yang dapat disamakan dengan perlembagaan moden sebagai hasil daripada nilai-nilai demokrasi yang dipraktikkan dan hal ini telah ada pada abad ke-6 saat Eropah masih berada dalam zaman kegelapan".[34]

            Hasil penilaian secara keseluruhaannya terhadap Piagam Madinah, walaupun ianya para sarjana mempunyai pendapat dan hujah masing-masing dalam menamakan istilah yang sesuai terhadap piagam ini, dapat dilihat kesemua hujah ini ada kekuatannya tersendiri tetapi kesimpulannya piagam yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah dokumen yang lengkap yang terkandung di dalamnya, undang-undang, hak-hak setiap kaum di Madinah dan merupakan suatu perlembagaan negara yang bertulis pertama di dunia.

                                        
5.0       CIRI-CIRI UMUM PIAGAM MADINAH

Sepertimana yang telah dijelaskan dalam bab yang sebelumnya, penggubalan Piagam Madinah bertitik tolak daripada peristiwa hijrah Rasulullah S.A.W dan umat Islam di Mekah ke Yathrib atau Madinah. Setelah Rasulullah dan umat Islam Mekah tiba di Yathrib tiba di Madinah, terdapat beberapa masalah yang menuntut kepada penyelesaian. Masalah itu adalah:[35]     
       
        i.            Menggariskan hak-hak dan tanggungjawab orang Islam dan penduduk tempatan

      ii.            Pemuliaan orang-orang yang berhijrah

    iii.            Persefahaman dengan orang-orang bukan Islam terutama dengan orang-orang Yahudi

    iv.            Penyusunan politik dan pertahanan Madinah

      v.            Bayaran pampasan terhadap kerugian atau kehilangan nyawa dan harta yang dialami oleh orang-orang yang berhijrah

Lantaran tujuan tersebut, Rasulullah S.A.W telah membuat perjanjian antara orang Islam dan orang Yahudi di Madinah untuk merangka dan mengisytiharkan satu perlembagaan bagi negara Islam Madinah yang digelar sebagai Sahifah Madinah. Perlembagaan ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang menyentuh tentang perhubungan antara golongan Muhajirin dan Ansar. Manakala bahagian kedua yang mengandungi 24 fasal membicarakan tentang hak-hak dan tanggungjawab golongan Yahudi.

Perlembagaan ini menyentuh pelbagai peruntukan dan persoalan seperti hak dan kewajipan pemerintah dan orang yang diperintah, perundangan, pentadbiran keadilan, susunan pertahanan, kedudukan ketua negara, layanan terhadap orang bukan Islam, jaminan kemasyarakatan dan pembentukan ummah. Perlembagaan ini mengandungi dasar-dasar umum yang standing dengan perlembagaan Negara-negara moden, antaranya ialah:

i.                     al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber hukum negara[36]

Dalam muqaddimah dan fasal akhir perlembagaan ini ada disebut bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah pesuruh Allah, dan dalam fasal lain ada peruntukan yang menegaskan bahawa segala perselisihan pendapat atau pertikaian hendaklah diselesaikan bersandarkan kepada hukum Allah dan mengikut kebijaksanaan Nabi Muhammad
S. A.W.
            Fasal 23 berbunyi : “Walau bagaimana berbalahnya kamu sekalipun dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan kepada Muhammad”.

            Manakala fasal 42 memperuntukkan : “Bahawa apa jua kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran  di antara sesama peserta Piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa kepada bencana, maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad, Pesuruh Allah, dan Allah menyaksi kebaikan isi kandungan Piagam ini dan merestuinya”.

            Jika ada perselisihan yang tidak membawa kepada kerosakan atau kesalahan-kesalahan kecil, maka ia tidak perlu dibawa kepada Rasulullah S.A.W, sebaliknya diselesaikan mengikut adat kebiasaan yang berlaku. Penyebutan nama Rasulullah S.A.W dalam fasal yang disebutkan menunjukkan bahawa kedudukannya sebagai pemimpin negara adalah diakui oleh semua golongan yang terlibat dalam pembentukan piagam, dan Rasulullah juga diiktiraf sebagai Ketua Hakim bagi Negara Islam Madinah. 

ii.                  Kesatuan ummah dan kerakyatan[37]

Dasar ini merupakan dasar yang paling penting dalam penggubalan piagam ini. Pembentukan ummah adalah suatu perkara yang amat baru dalam dunia politik di Semenanjung Tanah Arab pada masa itu. Rasulullah telah membawa kaumnya berpindah daripada slogan “qabilah”(suku kaum) kepada slogan “ummah”. Ummah yang dimaksudkan tidaklah dianggotai oleh orang-orang mukmin semata-mata, akan tetapi terdapat juga bersama mereka orang-orang Yahudi yang tinggal di Negara Islam Madinah. Ini jelas disebut dalam piagam “bahawa mereka itu adalah satu umat”[38]. Sebab itulah terdapat satu fasal dalam piagam Madinah yang menyebut, “Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapat pertolongan dan pimpinan dengan tidak dizalimi, dan tidak boleh ada pakatan terhadap mereka”[39].

            Hukum ini diterangkan lagi dalam fasal 25 dan fasal-fasal yang berikutnya  iaitu “Bahawa kaum yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin...”. Dengan demikian dapat dilihat bahawa agama Islam menerima masuk golongan ahli kitab yang hidup dalam daeranhya sebagai ummah di samping orang-orang mukmin sendiri selagi mana mereka menunaikan tanggungjawab yang ditetapkan kepada mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa persamaan agama bukan menjadi suatu syarat untuk menganggotai piagam itu.

 iii.               Kebebasan beragama untuk semua warganegara

Mengikut perjanjian ini, Kaum Yahudi dianggap sebagai satu ummah yang hidup bersatu dengan warganegara yang beriman dengan erti bahawa mereka mereka hidup bersama dan saling membantu di bawah perjanjian yang dipimpin oleh seorang ketua negara Islam. Mereka bebas menganut dan mengamalkan agama mereka. Kebebasan ini bukan sahaja diberi kepada orang-orang Yahudi, tetapi juga kepada pengikut-pengikut dan sekutu (mawali) mereka.

Fasal 25 Piagam Madinah ada menyebut, “bagi Yahudi agama mereka dan bagi orang-orang Islam agama mereka”. Peruntukan ini selaras dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud, “bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”,[40]serta ayat lain yang bermaksud “tidak ada paksaan dalam agama”.[41]


iv.                  Hak dan tanggungjawab rakyat dari segi ketahanan dan pertahanan negara

Soal keamanan dan peperangan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan pusat. Ketua turus peperangan diberi kepada Rasulullah S.A.W, dan setiap orang adalah bertanggungjawab dan bersepakat dalam perkara perang dan damai. Tidak dibenarkan segolongan orang-orang yang beriman tidak ikut serta segolongan lain dalam peperangan di jalan Allah, atas dasar persamaan dan keadilan di antara mereka.

            Setiap peperangan dan ancaman terhadap kota Madinah adalah  dianggap sebagai ancaman terhadap semua orang yang memerlukan kerjasama dari segenap pihak untuk mempertahankannya. Setiap pihak dikehendaki menyertai dan saling membantu dalam sesuatu peperangan.[42] Walau bagaimanapun, setiap tindakan yang hendak diambil perlulah dikehendaki terlebih dahulu mendapat persetujuan daripada Rasulullah S.A.W.[43]

            Sungguhpun soal keamanan dan peperangan terletak di bawah bidangkuasa kerajaan pusat, tetapi setiap orang diberi hak untuk memberi perlindungan kepada seseorang dan janji perlindungan yang diberi oleh seseorang itu hendaklah dihormati oleh semua ummah. Perlindungan itu boleh diberikan dengan syarat orang yang hendak dilindungi ini mestilah bukan musuh negara dan orang yang bersalah.

            Memberi perlindungan kepada jiran adalah merupakan sebahagian daripada adat yang diamalkan oleh orang-orang arab pada ketika itu. Akan tetapi, oleh kerana masyarakat Islam Madinah berada dalam suasana peperangan atau bersiap sedia untuk menghadapi musuh Islam, maka Rasulullah telah membatalkan adat tersebut dan memasukkan satu fasal dalam Piagam Madinah yang berbunyi:

            “Tidak diberi perlindungan jiran kepada orang-orang Quraisy dan orang-orang yang membantunya”.[44]

            Hal ini demikian kerana orang-orang Quraisy pada masa itu merupakan musuh Islam yang cuba mengancam keutuhan Madinah.

v.                  Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman qisas dan lain-lain telah dicatatkan

Dalam Piagam Madinah, telah dicatatkan tentang hukuman qisas dan diyat. Fasal 21 berbunyi, “Barangsiapa membunuh seorang yang beriman dengan cukup keterangan, maka hendaklah dijatuhkan hukuman bunuh kecuali wali mangsa yang dibunuh bersedia dan rela menerima ganti rugi”.

            Setiap hukuman yang hendak dikenakan mengikut peruntukan ini hendaklah diputuskan oleh mahkamah pengadilan sebagaimana yang dikehendaki oleh fasal 23 dan 42. Ini bererti setiap kes tidak boleh diputuskan oleh diri sendiri, tetapi perlulah mengikut undang-undang Islam.

vi.                  Kebebasan bergerak dan tingal di Madinah

Dalam Piagam Madinah, adan disebutkan tentang hak rakyat untuk mendapat kemanan dan perlindungan daripada pemerintah. Fasal 47 ayat 4 menyebut bahawa “Sesungguhnya  sesiapa yang keluar adalah aman”. Manakala ayat ke-5 pula berbunyi, “Dan sesiapa menetap adalah (juga) aman”.

            Kedua-dua ayat ini merupakan hak untuk tinggal di Madinah dan hak untuk meninggalkannya. Keamanan dan perlindungan ini akan diberikan dengan syarat seseorang itu bukan orang zalim dan pesalah. Ini bererti kerajaan boleh merampas atau mengagantung hak ini jika didapati seseorang itu telah melakukan kesalahan atau kezaliman.


6.0       KESIMPULAN

Piagam Madinah merupakan piagam bertulis yang pertama di dunia. Ia telah digubal oleh Rasulullah S.A.W selepas baginda bersama orang muslim di Mekah berhijrah ke Madinah atas perintah Allah S.W.T.

            Piagam ini merupakan satu dokumentasi undang-undang yang penting untuk dikaji oleh masyarakat dan pakar undang-undang khususnya. Di dalamya telah digariskan beberapa prinsip umum negara menurut keperluan semasa pada ketika itu. Pada keseluruhannya terdapat beberapa prinsip utama yang ditekankan, antaranya ialah:

                    i.            Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara
                  ii.            Kesatuan Ummah dan Kerakyatan
                iii.       Kebebasan Beragama Untuk Semua Warganegara
                iv.            Hak dan Tanggungjawab Rakyat Dari Segi Ketahanan dan Pertahanan Negara
                  v.            Beberapa Undang-undang Keselamatan Seperti hukuman Qisas dan Lain-lain telah dicatatkan
                vi.            Kebebasan Bergerak dan Tingal di Madinah

Setelah dinilai, jelaslah bahawa segala prinsip yang terkandung dalam piagam ini semuanya datang daripada Allah S.W.T dan mengikut ajaran-ajaran yang disampaikan sebagai wahyu kepada Rasulullah S.A.W melalui al-Quran dan Sunnah. Piagam Madinah boleh dijadikan model untuk membentuk Negara Islam yang aman dan berdaulat.          

7.0      RUJUKAN

BUKU

Ahmad Ibrahim. Dr. & Dzafir El-Qasimy. Terj Abu Bakar Hamzah. 1985. Piagam Madinah : Pandangan dan Ulasan. Kuala Lumpur. Gelanggang Kreatif.

            D. Sirojuddin Ar. Ensiklopedi Islam. 1994. Jakarta : Pt Ichtiar Baru Van Hoeve

            Encyclopedia Islam. 1998. Kuala Lumpur : Malaysian Encyclopedia Research                  Center Berhad.

            George. E. Kerk. 1949. A Short History Of The Middle East. Washington : Public             Affairs Press

            H. Zainal Abidin Ahmad. Piagam Nabi Muhammad s.a.w, Konstitusi Negara                    Tertulis Pertama di Dunia. 1973. Jakarta : Penerbit Bulan Bintang

            Ibn Hisyam. 1973. Sirah an-Nabi Jilid 2. Cairo: Dar at-Taufiqiyah

            Muhammad Djamaluddin Sarur. 1952. Qiyam ud Daulah el-'Arabiyah
                        el-Islamiyah. Cairo: Fuad University.

            Muhammad Khalid. 1955. Khatam an-Nabiyyin Muhammad. Cairo : Cairo

            Roslam Mohamed. 2001. Kelahiran Tamadun Islam dan Perkembangan Pada                     Peringkat Awal ( TITAS).  Kuala Lumpur : Universiti Malaya

            Sir Hamilton Alexender Rosskeem Gibb. 1949. Mohammedanism, An Historical                Survey. London : Oxford University Press.

W. Montgomery Watt. Muhammad at Medina. 1956. London: Oxfor          University         Press, Reprinted at Karachi : Civil and Military Press (1981).


            URL






[1] H. Zainal Abidin Ahmad. 1973. Hlm. 5
[2] H. Zainal Abidin Ahmad. 1973. Hlm. 6
[3] W. Montgomery Watt. 1956. Hlm. 221
[4] D. Sirojuddin Ar. 1994. Hlm. 199
[6] ibid
[7] ibid
[8]  Ibid
[10] ibid
[11] ibid
[12]  D. Sirojuddin Ar. 1994. Hlm. 199
[13] ibid
[14] ibid
[15] H. Zainal Abidin Ahmad. 1973. Hlm. 6
[16] Encyclopedia Islam. 1998. Hlm. 69
[17] ibid
[18] ibid
[19] Muhammad Said Ramadhan al-Buti. t.thn. Hlm. 206
[20] Roslan Mohamed. 2001. Hlm. 53
[21] ibid
[22] ibid
[23] 'Imaduddin Khalil. 1985. Hlm. 150-151
[24] W. Montgomery Watt. 1956. Hlm.221
[25] Ibnu Hisyam. 1937. Hlm, 119
[26] H. Zainal Abidin Ahmad. 1973. Hlm. 52
[27] ibid
[28] Muhammad Djamaluddin Sarur. 1952. Hlm. 78-79
[29] Muhammad Khalid. 1955. Hlm. 116
[30] Sir Hamilton Alexander Rosskeem Gibb. 1949. Hlm. 43
[31] George E. Kerk. 1949. Hlm. 13
[32] H. Zainal Abidin Ahmad. 1973. Hlm. 73
[34] Ibid
[35] Ahmad Ibrahim & Dzafir El-Qasimy 1985. Hlm. 9
[36] Ibid. Hlm. 15
[37] Ibid. Hlm. 25
[38] Fasal 2 Piagam Madinah
[39] Fasal 16 Piagam Madinah
[40] Surah al-kafirun : 6
[41] Surah al-baqarah : 256
[42] Fasal 18
[43] Ayat 1, Fasal 36 Piagam Madinah
[44] Fasal 43 Piagam Madinah
Read more »