Saturday, 17 November 2012

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah). 2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran. Pada 10 Muharam juga telah berlaku: 1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan. 4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa. 6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah. 8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya. 9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam. 10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah. 12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 13. Hari pertama Allah menciptakan alam. 14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 15. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 16. Allah menjadikan 'Arasy. 17. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 18. Allah menjadikan alam. 19. Allah menjadikan Malaikat Jibril. 20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Read more »

Friday, 9 November 2012

Selamat bercuti diucapkan kepada seluruh warga UKM. Ikhlas daripada Jabatan Syariah (al-Hujjah), Fakulti Pengajian Islam.
Read more »

Friday, 19 October 2012

SEMINAR TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DALAM MENANGANI JENAYAH SYARIAH


Pada 16 Oktober 2012 yang lalu, pelajar tahun 3 Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam telah mengikuti seminar yang bertajuk : Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani  Jenayah Syariah yang di adakan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.

Seminar ini membangkit isu-isu permasalahan semasa yang berkaitan dengan prosedur tangkapan terhadap pelaku jenayah syariah. Ia membincangkan dari sudut amalan dan prosedur untuk menangkap pelaku jenayah syariah.

Seminar ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Tuan Abdul Shukor Bin Abd Hamid. Slot seminar kemudiannya dibahagikan kepada tiga, di mana dimulakan dengan pembentangan kertas kerja 1 yang bertajuk : Aduan Dan Maklumat Kes Jenayah Syariah : Tanggungjawab Masyarakat Awam yang dibentangkan oleh Tuan Rahimin Bin Bani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka.

Seterusnya adalah pembentangan kertas kerja 2 yang bertajuk : Tangkapan Oleh Orang Awam/Ahli Kariah Di Dalam Kes Jenayah Syariah Yang  Dibentangkan Oleh  Tuan Zulfikri Bin Yasoa, Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan, JKSM.

Slot terakhir dalam seminar ini adalah diskusi ilmiah yang bertajuk : Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah yang dipengerusikan oleh Puan Fadhlina Bt Dato’ Sidek. Ahli panel pula terdiri daripada YA Tuan Mohamed Fouzi Bin Hj Mokhtar (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor), Tuan Mohd Shahzihan Bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS), Tuan Musa Awang (Peguam Syarie) dan Tuan Amidi bin Dato’ Abdul Manan (Presiden ABIM). Diskusi ini turut memberikan peluang kepada para peserta untuk mengutarakan pendapat dan bertanya kepada ahli panel.
Sesungguhnya, seminar ini banyak memberikan input baru kepada para peserta.






Read more »

Monday, 8 October 2012

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR (M3P)



Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)
Tarikh : 8-12 Oktober 2012
Tempat : Singgahan Ilmu Fakulti Pengajian Islam, UKM
Read more »