Friday 19 October 2012

SEMINAR TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT DALAM MENANGANI JENAYAH SYARIAH


Pada 16 Oktober 2012 yang lalu, pelajar tahun 3 Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam telah mengikuti seminar yang bertajuk : Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani  Jenayah Syariah yang di adakan di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam.

Seminar ini membangkit isu-isu permasalahan semasa yang berkaitan dengan prosedur tangkapan terhadap pelaku jenayah syariah. Ia membincangkan dari sudut amalan dan prosedur untuk menangkap pelaku jenayah syariah.

Seminar ini dimulakan pada jam 8 pagi dengan dimulakan dengan ucapan aluan Ketua Pendakwa Syarie Selangor, Tuan Abdul Shukor Bin Abd Hamid. Slot seminar kemudiannya dibahagikan kepada tiga, di mana dimulakan dengan pembentangan kertas kerja 1 yang bertajuk : Aduan Dan Maklumat Kes Jenayah Syariah : Tanggungjawab Masyarakat Awam yang dibentangkan oleh Tuan Rahimin Bin Bani, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka.

Seterusnya adalah pembentangan kertas kerja 2 yang bertajuk : Tangkapan Oleh Orang Awam/Ahli Kariah Di Dalam Kes Jenayah Syariah Yang  Dibentangkan Oleh  Tuan Zulfikri Bin Yasoa, Pegawai Penyelidik Hakim Rayuan, JKSM.

Slot terakhir dalam seminar ini adalah diskusi ilmiah yang bertajuk : Tanggungjawab Masyarakat Dalam Menangani Jenayah yang dipengerusikan oleh Puan Fadhlina Bt Dato’ Sidek. Ahli panel pula terdiri daripada YA Tuan Mohamed Fouzi Bin Hj Mokhtar (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor), Tuan Mohd Shahzihan Bin Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIS), Tuan Musa Awang (Peguam Syarie) dan Tuan Amidi bin Dato’ Abdul Manan (Presiden ABIM). Diskusi ini turut memberikan peluang kepada para peserta untuk mengutarakan pendapat dan bertanya kepada ahli panel.
Sesungguhnya, seminar ini banyak memberikan input baru kepada para peserta.






Read more »

Monday 8 October 2012

MINGGU PENGENALAN PERSATUAN PELAJAR (M3P)



Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P)
Tarikh : 8-12 Oktober 2012
Tempat : Singgahan Ilmu Fakulti Pengajian Islam, UKM
Read more »